7 Bidang Pekerjaan Yang Memerlukan Kemahiran AutoCAD

2,520

AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer pembentukan model serta lakaran dua atau tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai ” Computer-added drafting and design program” (CAD).

Berikut adalah senarai 7 bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran AutoCAD;

1. Product Designers

Product Designer

Untuk yang berjawatan ini ia memerlukan kreatifiti & imiginasi yang tinggi. Kerjanya perlu buat reka bentuk baru untuk pelbagai produk dan improve existing produk dalam kerangka produk itu berkesan, rupa lebih baik dan kos lebih rendah. Antara produk yang direka termasuklah perabot, merchandise dan sebagainya. Kemahiran yang penting termasuk 2D dan 3D drawing. AutoCAD adalah antara software paling banyak digunakan dalam kerjaya mereka.

2. Draftsman (Mechanical, Electrical, Civil etc)

Draftsman

Kemahiran 3D design menjadi 1 kewajiban bagi yang berjawatan tersebut untuk sesetengah projek. Membuat lukisan adalah kerja hariannya. On the spot request drawing adalah perkara biasa buat drafter.

3. Project Engineer (Electrical, Mechanical, Civil etc)

Project Engineer

Project Engineer bertanggungjawab untuk menyediakan project schedule, document and drawing approval, FAT, Commissioning dan Final Documentation. Setiap fasa ini memerlukan engineering drawing dan penambahbaikan drawing dari semasa ke semasa.

Baca Artikel: Panduan Menjadi Jurutera Profesional Pada Usia Muda

4. Structural Engineer (Civil Engineer)

Structural Engineer

Kerja Structural Engineer ialah analisa, design dan plan komponen struktur bangunan, plant dan platform. Bagi sesiapa yang berjawatan tersebut banyak fokus pada hal safety, teknikal feasibility, kos yang efektif dan selamat pada masyarakat dan persekitaran. Sudah semestinya mereka memerlukan CAD drawing untuk membentangkan lukisan mereka dalam setiap projek

5. Electrical & Instrument Engineer

Electrical Engineer

Kerja design Electrical System, Control System, P&ID, PLC, DCS, Diagram dan macam-macam lagi. Selain design, project planning and execution pun handle drawing juga.

6. Quantity Surveyor (QS)

Quantity Surveyor

 

Kerja QS ni banyak berkait dengan pengukuran kawasan dan sering kali mereka menggunakan AutoCAD untuk mengira area, volume, panjang etc melalui drawing. Mereka juga perlu mahir design 3D rumah dan pengiraan berapa banyak batu, simen, concrete, pasir dan besi diperlukan dalam pembinaan.

Baca Artikel: Persiapan Menjadi Jurutera Profesional Bagi Pelajar Jurusan Kejuruteraan

7. Architecture

Architecture

Jawatan Arkitek sudah tidak asing lagi dalam masyarakat. Sudah tentu kerjanya design bangunan dan ubahsuai bangunan tidak kira baru atau lama. Lukisan & rekabentuk mereka bukan biasa-biasa. Design mereka memang sangat complex. Jadi skill AutoCAD bagi yg berjawatan tersebut tidak boleh di pertikaikan lagi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi bidang pekerjaan lain yang memerlukan perisian AutoCAD antaranya seperti Process Engineer, Sale Engineer, Interior Designer, dan sebagainya. Malah dalam industri pembuatan perabot kayu juga memerlukan kemahiran CAD. Kemahiran CAD memang ada banyak permintaan dan tidak rugi jika anda ingin mempelajarinya.

 

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.