Kenapa Susah Sangat Fresh Grad Nak Dapat Kerja?

861

Pernah tak anda terfikir mengapa anda perlu melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah? Inilah persoalan yang sering membelenggu pemikiran fresh grad.

Masyarakat kita percaya bahawa dengan adanya kelayakan akademik tersebut masa depan kita akan lebih terjamin dan mudah untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik. Tetapi pada masa kini, ia tidak semudah seperti yang disangka. Itulah hakikat yang pahit untuk ditelan oleh semua Fresh Grad.

Berdasarkan statistik, setiap tahun kira-kira 500,000 fresh grad akan dilahirkan daripada universiti tempatan mahupun swasta. Namun, malangnya 1 daripada 4 graduan baru tersebut masih bergelar penganggur selepas 6 bulan mereka bergradusi.

Anda tahu mengapa?

Terdapat 3 sebab utama mengapa hal ini berlaku.

1. Sikap

Rata-rata majikan percaya bahawa sikap itu satu hal yang sangat penting. Malah, mencari pekerja yang mempunyai sikap yang baik lebih diutamakan berbanding kelayakan akademik yang baik serta pengalaman bekerja. Berjaya dapat straights A atau pointer CGPA 4.0 bukan jaminan utama dapat peluang pekerjaan yang baik.

Kajian juga menunjukkan bahawa 1/3 majikan menyatakan bahawa graduan sering gagal hadiri panggilan sesi temuduga. Malah, ramai majikan sering mengeluh yang calon gagal hadir sesi temuduga tanpa sebarang notis. Pada kacamata majikan, ini adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab.

2. Masa

Graduan sentiasa tidak menghiraukan pengurusan masa, contoh paling klasik adalah terlambat atau lupa untuk hadiri temujanji temuduga. Biasanya alasan yang digunapakai adalah mereka terjebak dalam kesesakan lalu lintas, hujan, tersesat, lokasi terlalu jauh dan sebagainya.

3. Terlalu Memilih

Kebanyakkan graduan hari ini tahu menilai kelebihan dan manfaat sesuatu jawatan kerja sebelum menerima sesuatu tawaran tersebut. Majoriti daripada mereka akan membandingkan pakej gaji, lokasi, masa bekerja syarikat dan persekitaran tempat kerja berdasarkan kajian yang mereka sendiri lakukan samada secara online atau kenalan terdekat.

Oleh itu, mereka menjadi terlalu memilih pekerjaan pertama mereka, mereka menuntut gaji tinggi, lokasi kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka sekarang, masa kerja yang fleksibel dan persekitaran kerja yang selesa.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet pada tahun 2015, 68% graduan bertanya mengenai gaji dan manfaat yang tidak realistik dengan 30% meminta lebih daripada RM6000.00 sebagai gaji permulaan. Ini memang tak masuk akal!

Pihak majikan bimbang jika mereka menawarkan gaji seperti yang diharapkan oleh kebanyakkan graduan, ia akan menjadi tidak adil kepada pekerja semasa yang lebih senior, jika menawarkan gaji di bawah kadar diharapkan, graduan baru pula memilih untuk tidak kekal dalam jangka masa panjang.

Ini dilema yang perlu dihadapi oleh kebanyakan majikan!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.