Kenapa Anda Nak Dapat “Ir.”?

296

#1 Setiap amal bermula dengan niat

“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat”.

Al-Hadith

Niat adalah langkah pertama untuk setiap sasaran dalam hidup kita. Sama macam dalam ibadah. Solat, puasa, wudhu, semua bermula dengan niat.

Niat yang baik akan diberkati! Niat yang buruk perlu dijauhi!

#2 Apa niat @ tujuan anda bergelar Ir. ?

Ikut kawan2? Glamour? Kebanggaan? Bos arahkan buat? Salary increment?
Walau apa pun jawapan anda, ianya perlulah “motivational inside-outside”.

Tujuan itu perlu dari kehendak anda sendiri & “syariah compliance” i.e. halal, good-deeds.

#3 Apa pula rahsia niat @ tujuan saya bergelar Ir.?

Menjadi jurutera profesional memberi lebih peluang kepada saya dalam peningkatan kerjaya.

Selepas lulus temuduga jurutera profesional, pengiktirafan dengan gelaran “Ir.” membina keyakinan saya untuk terus berbakti dengan ilmu & kompetensi dengan lebih profesional kepada client dan masyarakat.

Paling WIN, singkatan “Ir.” sentiasa mengingatkan saya dengan mati. Innalillahwainna ilaihi Rajiun : “Ir.”

Moga ianya akan memacu saya untuk lebih berhati-hati (bertaqwa) dengan nikmat dan ujian di dunia yang sementara ini.

#4 Segala cabaran jadi mudah dengan niat yang murni & tujuan yang jelas

Jika niat dan tujuan anda telah jelas (atau telah dibetulkan@reset?), barulah anda mulakan langkah seterusnya untuk mengetahui kaedah, tips, dll.

Anda akan sanggup menghadapi rintangan & cabaran untuk bergelar Ir.

Walau apa pun berlaku (dirty your hand, self-learning, korban masa, yuran mahal, gagal temuduga, tak jumpa mentor, cabaran suami-isteri-anak, dll), anda tidak akan berhenti untuk sempurnakan misi ini.

Segala cabaran ini akan anda hadapi dengan redha, kerana anda jelas bahawa niat anda kerana Allah.

Anda yakin bahawa sebaik mana pun perancangan anda, tetapi Dia lah juga sebaik perancang utk masa hadapan kita.

#5 Langkah pertama anda hari ini?

Kemaskan niat dan tujuan untuk bergelar Ir.

Sumber: Ir. Khairil Nizam

Nota: Ir Hj Khairil Nizam Khirudin merupakan seorang Professional Engineer dalam bidang mekanikal. Beliau sekarang bertugas sebagai Technical Authority (Integrity, Inspection & Mechanical Static) di REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited.

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.