Itaewon Class : Ciri-Ciri Bos Disayangi Pekerja

226

Bermacam cara dibuat sepanjang tempoh PKP ini untuk hilangkan perasaan ‘boring’ duduk berkurung di rumah. Ada yang belajar memasak dan bercucuk tanam. Ada yang sertai kelas online untuk tambah skil baru.

Ada yang buat kerja amal bantu orang susah.

Namun, ada juga yang ambil kesempatan ini untuk luangkan masa tonton movie dan drama pilihan. Tonton samada melalui aplikasi video streaming seperti Netflix, Iflix, Astro Go dan sebagainya.

Sekarang tengah popular sebuah drama korea yang berjudul Itaewon Class.

Sinopsis

Secara ringkas, drama ini berkaitan watak seorang anak muda yang ingin membalas dendam atas kematian ayahnya dan menegakkan keadilan atas dirinya.

Beliau mahu membalas dendam dengan cara bina empayar perniagaan yang mengalahkan syarikat bekas bos ayahnya.

Bos serta anaknya adalah dalang dalam komplot jahat membuang dia dari sekolah, membunuh ayahnya dan sumbat dia ke penjara.

Pengajaran

Banyak pengajaran dan nilai baik di sebalik drama Itaewon Class. Berikut adalah ciri-ciri bos yang disayangi pekerja berdasarkan drama Itaewon Class.

1. Pendengar yang baik

Bos yang disayangi pekerja adalah bos yang prihatin kepada anak buah.

Park Saeroyi sangat peka terhadap masalah yang dihadapi pekerjanya.

Beliau sentiasa berbual dan bersemuka secara hati ke hati dengan anak buahnya untuk dengar masalah mereka.

Tidak kira ianya masalah kerja atau peribadi.

Satu bonus besar jika bos mampu jadi seorang motivator dan kaunselor yang baik.

2. Percaya kemampuan pekerja

Ini ciri yang wajib ada pada setiap bos.

Sikap membakulsampahkan idea dan merendahkan kemampuan pekerja hanya merugikan syarikat.

Bakat dan potensi sebenar pekerja tak dapat dimanfaatkan.

Akhirnya, lahirlah ramai ‘Yes Man’ dalam syarikat. Mereka takut untuk kemuka idea baru.

Hanya jadi tukang angguk saja.

Ciri sebegini jelas ditonjolkan dalam watak Park Saeroyi ketika babak beliau meletakkan kepercayaan pada Jo Yi-Seo untuk tarik syarikat pelabur melabur dalam Danbam.

3. Tidak campur urusan peribadi & kerja

Bos perlu bersikap profesional. Tak campur urusan peribadi dan kerja.

Walaupun Jang Geun-so adalah anak musuh perniagaannya.

Beliau tiada masalah untuk terima Jang Geun-so sebagai pekerja. Dan beri layanan baik sama seperti pekerja yang lain.

4. Bertanggungjawab dalam setiap keputusan syarikat

Sebagai ketua, bos perlu ambil tanggungjawab atas setiap risiko dan akibat yang telah diputuskan bersama.

Sikap tuding jari dan lepas tangan tidak akan menyelesaikan masalah.

Jo Yi-Seo antara pekerja yang berkeras untuk terima syarikat pelabur melabur dalam Danbam.

Tanpa menyedari bahawa itu adalah komplot jahat Jang Dae-hee dengan syarikat pelabur untuk bunuh kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan mereka.

Park Saeroyi ambil tanggjawab atas apa yang berlaku. Walaupun idea itu datangnya dari Jo Yi-Seo

5. Raikan kejayaan pekerja

Tak kisah ianya kejayaan kecil atau besar.

Ianya perlu diraikan bersama. Sumbangan setiap pekerja penting pada syarikat.

Makan bersama untuk raikan kejayaan pekerja adalah adalah budaya yang diterapkan oleh Park Saeroyi dalam Danbam.

 

itaewon-class

Banyak lagi poin yang boleh disenaraikan. Cukup sekadar ini dulu.

Buat bos yang membaca, ciri-ciri ini sangat wajar dijadikan contoh.

Nanti barulah ramai pekerja yang sayang. 😎

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.