‘Gig Economy’ Mengubah Cara Bekerja Pada Masa Depan

263

Menurut Financial Times, terma ‘Gig Ekonomi menjadi popular semasa memuncaknya krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat pada awal tahun 2009.

‘Gig Ekonomi’ didefinisikan sebagai kecenderungan masyarakat untuk bekerja sendiri (freelance) berbanding bekerja tetap didalam sesebuah syarikat.

Teknologi Mengubah Cara Bekerja

Kemajuan teknologi yang digerakkan melalui capaian internet yang meluas bukan hanya mengubah cara manusia berhubung dan berkomunikasi malah mengubah cara manusia bekerja dan menjana pendapatan.

Uber, Grab, Airbnb merupakan antara model peniagaan baru yang memanfaatkan perkembangan ‘gig ekonomi’ melalui paltform digital.

Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan baru serta merancakkan aktiviti ekonomi di sesebuah tempat.

Generasi Millenial Penggerak Utama Gig Ekonomi’

Ketidaktentuan ekonomi menyebabkan banyak syarikat terpaksa menamatkan operasi perniagaan mereka. Situasi ini mendesak banyak syarikat mengambil langkah drastik dengan membuang ramai pekerja untuk mengurangkan kos operasi syarikat.

‘Gig ekonomi’ menawarkan peluang kepada pihak syarikat untuk mencari serta mendapatkan pekerja sambilan (freelance) berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Masa kerja yang lebih fleksibel, bekerja daripada rumah atau dimana sahaja lokasi tanpa perlu bekerja di ofis bermula jam 8.00pagi sehingga 5 petang menjadi tarikan baru kepada kebanyakan golongan muda.

Tingkatkan Kemahiran Untuk Kekal Kompeten

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menggerakkan ekonomi digital di Malaysia. Pelbagal program serta inisiatif yang telah dianjurkan antaranya seperti eRezeki dan eUsahawan. Program sebegini mampu memberi alternatif baru kepada masyarakat khusunya kepada golongan penganggur untuk menjana pendapatan.

Perkembangan ‘Gig Ekonomi’ bakal mengubah cara serta budaya kerja pada masa hadapan. Perubahan ini perlu dilihat secara positif, golongan pekerja perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran baru untuk terus kekal kompeten dan relevan dalam pasaran pekerjaan pada masa depan.

 

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.