5 Tips Untuk Graduan Baru Bekerja

327

Tahniah kepada para graduan yang baharu saja berkonvokesyen pada bulan Oktober ni. Semoga segulung ijazah yang hadir bersama amanah itu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Baik, zaman universiti telah tamat, sekarang masa untuk kita ‘move on’ ke alam kerjaya.

Untuk perkongsian kali ni, aku akan berkongsi berkenaan 5 perkara yang kau mesti buat dalam tempoh sebulan pertama melangkah ke alam kerjaya sebagai pekerja baru.

#1 Berpakaian kemas dan berperwatakan menarik

Orang kata ‘first impression lasts forever‘, kalau tak forever pun, ‘first impression‘ ni mengambil masa untuk diubah.

Fitrah kebanyakan manusia, kita mudah untuk menilai seseorang daripada luaran, apatah lagi bila pertama kali berjumpa.

Maka, pastikan pada fasa awal melangkah ke alam kerjaya, kau sentiasa berpakaian kemas dan berperwatakan menarik. (Tips ni applicable untuk fasa-fasa seterusnya juga)

Contoh berpakaian kemas ialah baju yang bergosok, pakai tali leher jika perlu, rambut diminyakkan, pakai wangian (bagi lelaki) dan lain-lain common sense.

Perwatakan menarik pula ialah bersikap peramah, rendah diri, sentiasa berwajah ceria dan lain-lain sifat-sifat mahmudah.

Kalau awal-awal melangkah ke alam kerjaya pun rambut dah kusut masai, muka ketat dan selalu datang lambat, lebih baik kau muhasabah balik kenapa kau wujud di atas muka bumi ni

#2 Hafal dan ingat nama bos, senior-senior dan rakan sepejabat

Biasanya pada hari pertama bekerja, HR eksekutif akan bawa kau keliling pejabat untuk berkenalan dengan bos, senior-senior dan rakan sepejabat.

Selain daripada memiliki imej yang kemas, kau mesti kena ada kelebihan untuk ingat nama bos, senior-senior dan rakan sepejabat secepat mungkin.

Tak payah pakai alasan:

Saya ni jenis yang susah nak hafal nama orang.”

Saya ni short term memory lost sebab suka makan semut.”

Tu semua alasan!

Apa yang kau perlu buat, ialah setiap kali diperkenalkan nama orang lain kepada kau, kau sebut nama orang tu semula dan ulang dalam ingatan kau.

Contoh:

HR Eksekutif: Perkenalkan, ni Haji Hairani. CEO syarikat ni.

Kau: Salam perkenalan Haji Hairani, saya Nazri. (Lepas tu kau ulang dalam ingatan ‘Hairani’, ‘Hairani’, ‘Hairani’)

Usahalah lebih sikit, bila ada peluang, kau tulis nama dan jawatan dia dalam telefon pintar atau buku nota.

Percayalah, bila kau ingat nama orang, dan sebut nama dia bila nak greeting, hubungan yang baik tu akan lebih cepat terbina.

Kau pun mesti lebih selesa dan suka dikenali dengan nama sendiri, dan bukannya dipanggil sebagai ‘pekerja baharu’.

#3 Fahami struktur organisasi syarikat

Lain syarikat lain struktur organisasi mereka.

Ada yang ada Board of Directors, CEO, COO, CFO, Head of Department, General Manager, Senior Manager dan lain-lain jawatan duniawi.

Semua ni kau kena tahu dan kenal siapa yang berada pada posisi tersebut.

Aku ingat lagi waktu awal-awal bekerja dulu, ambil masa jugalah nak tahu apa fungsi setiap department yang ada dalam syarikat, tapi bila dah faham, lebih mudah kau nak adapt dan tahu dengan siapa kau perlu berurusan.

Paling penting, kau kena tahu siapa immediate bos atau supervisor kau sebab mereka ni lah yang akan menilai sama ada kontrak kau layak atau tidak untuk disambung.

#4 Cari mentor!

Hah, ni part favourite aku.

Nak belajar semua perkara sendiri memang boleh, tak ada hal. Tapi bukankah lebih mudah kalau kau belajar ada mentor?

Macam mana nak cari mentor?

Simple, kau cari senior yang paling kau ngam, lepastu belajar sebanyak perkara yang boleh daripada dia.

Nak cari mentor ni tak perlu se-skema “boleh tak encik jadi mentor saya?“, sebab selalunya mentor ni ialah proses bersahaja.

Kau ngam dengan dia, dia ngam dengan kau, kau nak belajar dengan dia, dan dia sudi nak ajar kau.

Bila ada mentor ni, lebih mudah kau nak faham struktur organisasi syarikat, politik di pejabat, the do’s and don’ts dan lain-lain.

Dan mentor yang baik akan ajar kau perkara-perkara asas macam tricks excel, macam mana nak buat proposal dan sebagainya.

Tapi ingat! Cari mentor yang menunjukkan contoh yang baik, bukan yang buruk, sebab mentor ni bagi pengaruh yang besar dalam proses pembinaan kerjaya kita.

Bak kata salah seorang HOD di syarikat aku:

“Orang tak ikut apa yang ada pada buku peraturan syarikat, tapi mereka akan ikut budaya apa yang dijadikan kebiasaan dalam sesebuah syarikat.”

#5 Be humble

Sedar diri bahawa kau kurang berpengalaman dalam alam kerjaya, dan kau berterima kasih kepada syarikat tu sebab sudi menerima kau sebagai pekerja.

Bila kau bersikap merendah diri, orang lebih mudah menerima kau dan sudi beri tunjuk ajar dengan rela hati.

Bila diminta untuk buat kerja-kerja yang tak ada dalam job description seperti susun meja, ambilkan dokumen sekian-sekian, buat kopi, dan sebagainya, selagi mana perkara tersebut tak salah, kau buat je dengan sebaik mungkin.

Ego tinggi-tinggi nak pergi mana dik?

Adab belajar dan menimba ilmu dan pengalaman, jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk.

Okeylah, sekian sahaja perkongsian aku untuk kali ni. Semoga artikel ni bermanfaat sebagai persediaan untuk kau melangkah ke alam kerjaya!

Doakan aku kuat untuk tulis artikel-artikel seterusnya seperti:

  1. Bagaimana nak manfaatkan LinkedIn untuk dapatkan kerja.
  2. Fitnah-fitnah ke atas generasi-Y di tempat kerja.
  3. Tips belajar sambil bekerja.

Dan lain-lain. Dah kerja ni, mencabar juga nak cari masa untuk menulis.

Tapi kita kena ingat, alasan bukan penghalang, sebab tugas kita ialah mengurus halangan supaya menjadi peluang.

Gituh.

Amirul Eqhwan

Penulis buku Henshin Mahasiswa dan Mahasiswa Bukan Robot

 

 

1 Comment
  1. Hj Hairani says

    Terima kasih atas info. Sangat bermanfaat untuk graduan baharu.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.