12 Rahsia Bekerja Dalam Sektor Minyak & Gas Tanpa Pengalaman Dan Networking

2,546

#1 Kenalpasti Rantaian Nilai Minyak & Gas

Sebelum memulakan langkah untuk memilih institusi pengajian tinggi kelak, dinasihatkan ibu-bapa yang dikasihi sekalian terlebih dahulu cakna di dalam hala tuju kerjaya anak-anak. Anak muda ini perlukan bimbingan kerana mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Jadi ibu-bapalah pencorak masa hadapan anak-anak.

Di sini terdapat 3 segment utama (tidak termasuk decommissioning), yang terdiri daripada penerokaan, pembangunan dan juga penghasilan. Setiap segment mempunyai pecahan seterusnya yang lebih terperinci seperti dalam rajah di bawah.

Sebagai contoh, sebelum sesebuah pelantar minyak atau gas didirikan, telaga minyak akan di imbas oleh sebuah kapal. Setelah didapati adanya potensi minyak/gas, kemudian pasukan penggalian akan memulakan operasinya dengan menggali minyak/gas. Jika minyak ditemui blow out preventer, BOP (sejenis injap berfungsi sebagai plug) akan diletakkan.

Langkah seterusnya, supermajor akan memutuskan pelantar jenis manakah yang sesuai akan dibina (ini sudah termasuk dalam segment development). Apabila sudah diputuskan (semasa front end engineering design stage, FEED), seterusnya detail design akan dimulakan oleh syarikat rekacipta (seperti TechnipFMC, perunding Ranhill Worley Parson, MMC dan juga RNZ).

Sebaik sahaja rekacipta telah siap, kemudian pelantarakan dibina di daratan. Siap sahaja pelantar ini, syarikat pengangkutan & pemasangan seperti Sapura Energy akan membawa belayar pelantar ini dan diletakkan di offshore. Apabila pelantar siap dipasang, maka segment penghasilan akan bermula.

 

#2 Matrix Kerjaya

Sesudah memilih segment yang difikirkan sesuai dan berminat untuk diterokai maka anda wajib mengenal pasti jenis pekerjaan yang bakal ditawarkan kelak. Jadi, anda telah mendahului satu langkah ke hadapan berbanding rakan-rakan yang semborono membuat pilihan ketika di universiti.

 

 

#3 Pilih Universiti Pengkhususan Di Dalam Sektor Minyak & Gas

Terdapat 4 institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang menjurus kepada pengkhhususan kejuruteraan untuk setiap segment yang telah disebut di atas. Maklumat lanjut boleh rujuk seperti rajah di bawah.

2 daripada 3 technology cluster ini merupakan universiti penyelidikan yang bertanggungjawab untuk menjadi tunjang utama di dalam inovasi biasiswa dan penyelesaian yang menyumbang kepada ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan negara maju.

Persaingan perebutan tempat untuk ketiga-tiga universiti RU tersebut mungkin agak tinggi, jadi anda juga boleh memilih universiti UniKL, UiTM mahupun UPM seperti di atas.

#4 Kuasai Subjek Berkaitan Industri

Matapelajaran yang berkaitan dengan industri. Sebagai contoh, untuk kejuruteraan saluran (perpaipan), Fluid Dynamic/Mechanic adalah penting di dalam industri. Seterusnya, perisian yang berkaitan Fluid Dynamic/Mechanic seperti stress analysis (Caesar) perlu diambil tetapi tidak diwajibkan. Kerana sekurang-kurangnye segala teori yang dipelajari di kelas dapat diamalkan serta memberi kick start untuk menghubungkan segala dot (connecting the dot).

Lanjutan daripada itu standard and code yang seringkali industri gunakan perlu diambil tahu. Sebagai contoh ASME, ASTM, NACE, API kerana code and standard seperti ini ada diterapkan didalam matapelajaran tetapi tidak begitu ditekankan.

Industri Minyak & Gas is about code and standard. Kerana code & standard telah diseragamkan di seluruh dunia secara asasnya untuk fit for construction. Secara dasarnya untuk safeguarding the assets, environment and personnel working within it.

#5 Berdaya Saing

Untuk kekal berdaya saing, sewaktu di universiti pelajar digalakkan menghadiri kursus kecekapan, competency. Seperti kelas ASME B31 (ini adalah asas di dalam industri) dan juga kemahiran menggunakan perisian yang berkaitan sebagai contoh Autodesk Inventor mahupun AutoCAD.

Selain CGPA yang tinggi, competency certificate sudah memadai. Kerana ijazah hanyalah tiket untuk membezakan seorang Jurutera dengan lain-lain taraf pekerjaan

Jika CGPA kurang dari 3.00, anda masih boleh bergelar jurutera selagi mana mempunyai ijazah tapi sudah pasti tidak dapat menyertai 7 Sisters dan juga Supermajor. Supermajor mahupun 7 Sisters memerlukan seseorang yang cepat belajar dan kurang seliaan kerana mereka tiada masa untuk dibazirkan dengan mengajar dan melatih orang baru.

Dunia minyak & gas adalah sangat demanding! Jika hari ini anda lambat korek minyak atau gas di kemudian hari negara lain pula akan menyedut minyak anda dahulu. Anda tidak akan ketahui berapa banyak telaga atau takungan yang berada di bawah dasar laut dan berhubungan dengan telaga yang lain.

Rule of thumb: Supermajor mengutamakan seorang pekerja yang mahir dan berpengalaman luas untuk digajikan kerana kurang masa bakal diperuntukkan untuk melatih seseorang.

#6 Ketahui ‘Pintu Masuk’ Industri Minyak Dan Gas

Jalan yang jarang dipertimbangkan oleh seorang siswazah di dalam kerjaya minyak & gas adalah ialah menyertai syarikat maincontractor mahupun subcontractor. Syarikat seperti ini cenderung memberikan pendedahan kepada para siswazah lebih daripada syarikat antarabangsa. Tetapi tidak ramai siswazah yang ambil pusing dengan kehadiran mereka ini.

Syarikat seperti ini terdiri daripada organisasi yang menyediakan perkhidmatan service. Dimana, secara lazimnya melengkapi syarikat bersaiz besar seperti 7 Sisters tempatan mahupun antarabangsa. Tiada mereka di dalam rantaian perjanjian mungkin minyak dan gas tidak dapat dihasilkan.

Anda dapat mengenali syarikat-syarikat ini dalam MPRC 100 dan Malaysia OGSE Catalogue seperti gambar di bawah.

Maklumat lanjut mengenai 3 600 syarikat yang berdaftar dengan Petronas, anda boleh rujuk seperti di sini:

1. Malaysian Oil & Gas Services Council, MOGSC
2. Malaysian Oil & Gas Engineering Council, MOGEC

#7 Minat Dan Semangat

Sebenarnya minat dan semangat lebih utama berbanding gaji yang diterima. Jika anda terdorong oleh wang ringgit untuk bekerja di dalam industri ini, ianya dikhuatiri kurang membantu kerana gaji di subcontractor mahupun maincontractor lebih rendah jika dibandingkan dengan supermajor.

Passion, interest and eagerness yang paling utama untuk excel di dalam industri ini pada pendapat saya. Kebanyakkan siswazah lebih gemar bergaji besar sebaik sahaja masuk ke alam pekerjaan minyak & gas. Tetapi mereka silap!

Gaji besar dan tinggi selalunya datang daripada segment exploration. Exploration memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan very demanding. Di segment development dan juga production, gaji tidak setaraf dengan di exploration.

#8 Sertai Persatuan Profesional Industri Minyak Dan Gas

Persatuan seperti SPE, ASME, NACE, API, BEM, IEM, IMM dan banyak lagi untuk anda mendaftarkan diri yang bersesuaian dengan latarbelakang pendidikan dan juga kerjaya kelak. Hadiri juga pameran seperti seperti OTC, OGA yang dianjurkan setiap tahun yang memberi peluang kepada jurutera untuk mendalami suasana industri. Banyak teknologi baharu dikongsikan di sana.

#9 Latihan Industri Adalah Batu Loncatan

Tidak kenal, maka tidak cinta. Latihan industri adalah satu peluang yang terbaik untuk mahasiswa mengenali lebih mendalam tentang industri minyak dan gas. Manfaatkan peluang ini dimana akan membantu pelan kerjaya anda kelak. Jangan sia-siakan peluang tersebut.

Saya nasihatkan jika berangan-angan menyertai sektor minyak & gas, lebih afdal memilih untuk melaksanakan latihan industri. Semasa latihan industri majikan tidak membenarkan mahasiswa mengendalikan tugasan seorang jurutera tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana operasi seharian dilaksanakan

Langkah-langkah dibawah patut dilakukan oleh mahasiswa sebelum, semasa dan selepas latihan industri:

Sebelum latihan industri: Nilai semula matapelajaran yang paling diminati dan mulakan perjalanan dari situ. Selepas itu, dapatkan nasihat dari pakar industri, melalui pembacaan majalah industri (seperti Offshore, World Oil, Hydrocarbon Processing).

Semasa: Kenapasti keperluan industri, tambah nilai diri dan kaji selidik minat anda

#10 Berdaftar Dengan Board of Engineers Malaysia, BEM

Daftarkan diri semasa di peringkat ijazah dan tukarkan kepada status graduate member sebelum menjawat jawatan Jurutera. Adalah menjadi kewajiban kepada para siswazah untuk berdaftar dengan BEM sebelum melayakkan anda bergelar seorang jurutera. BEM boleh menyaman anda/syarikat jika tidak berdaftar dengan BEM.

Kini, kebanyakkan syarikat telah mengutamakan calon pekerja yang telah ataupun mempunyai perancangan mendaftar

#11 Banyakkan Pembacaan

Banyakkan membaca dan mengikuti perkembangan industri. Ianya tidak terhad kepada majalah, suratkhabar, risalah (hasil daripada menghadiri pameran) dan juga SOP (standard operating procedure sesebuah end user seperti Petronas yang menggunakan Petronas Technical Standard).

Melalui pembacaan kerjaya seseorang jurutera dapat dipertingkatkan. Percayalah!

#12 Jangan Putus Asa

Saya nasihatkan jangan pernah berputus asa. Setakat ini, beberapa segment syarikat minyak & gas yang telah memberhentikan pekerja. Contohnya yang terlibat secara langsung dengan penggalian, berkaitan dengan projek baru (greenfield) seperti bawah dasar laut (subsea).

Segmen yang masih sustain sekarang (dan sehingga kini) adalah syarikat yang mengendalikan penyelenggaraan dan greenfield yang sudah melepasi tahap final investment decision, FID. Contohnya RAPID.

Disediakan oleh: Ikhwan Hafiz Hassan

Rujukan asal:  tuahjebat.com

Bagi anda yang bercita-cita mahu bekerja dalam industri minyak dan gas, ikuti perkongsian beliau melalui:

Nota: Jika anda mengalami masalah dan kesukaran untuk menarik perhatian Pegawai Sumber Manusia memanggil ke sesi temuduga. Boleh dapatkan khidmat nasihat Excellent CV & CL di Ikhwan Consulting Group.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.