10 Tips Memburu Kerja Pasca Covid-19

206

Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19. Banyak syarikat terpaksa berhenti beroperasi sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

Menurut Malaysian Institute of Economic Research (Mier) diangarkan 2.4 juta pekerja Malaysia akan hilang pekerjaan pasca Covid-19.

The Malaysian Employers Federation (MEF), sebuah persekutuan majikan-majikan pula menjangkakan kira-kira satu juta pembuangan pekerja berlaku pada tahun ini

Senario ini sangat membimbangkan, terutamanya kepada graduan muda yang baru sahaja tamat pengajian di institusi pengajian tinggi.

Baca perkongsian saudara Amirul Azraie tentang tips memburu kerja pasca Covid-19. Semoga tips ini membantu ramai pemburu kerja diluar sana.

1. Luangkan lebih banyak masa di LinkedIn.

2. Kemaskini profil LinkedIn anda sampai mencapai tahap ALL-STAR.

3. Mula berhubung dan bersosial dengan HR, headhunter & recruitment consultant di LinkedIn.

4. Mohon kerja yang bersesuaian dengan melihat status-status baru daripada HR, headhunter & recruitment consultant di LinkedIn.

5. Dalam tempoh 6 bulan memburu kerja, pastikan anda menghantar sekurang-kurangnya 6,000 ke 12,000 permohonan kerja.

6. Kemaskini CV anda dengan memasukkan pengalaman terkini. Gunakan kata kunci dalam CV anda. Pastikan anda serlahkan pencapaian kerjaya dan/atau pendidikan anda.

7. Jika anda fresh graduates atau baru kehilangan kerja, ambil sahaja kerja yang datang. Berapa banyak gaji atau jenis industri tidak berapa penting. Yang penting, dapatkan sebanyak mungkin pengalaman kerja.

8. Pastikan juga anda mengemaskini profil anda di JobStreet Malaysia, Monster, WOBB, adnexio.jobs, Jobstore.com dan sebagainya.

9. Banyakkan amalan yang menjemput rezeki seperti solat tahajjud, solat dhuha, sedekah, dan sebagainya.

10. Mohon doa daripada ibu bapa anda kerana doa mereka mustajab. Bahagiakan mereka, In Shaa Allah mudah anda memburu kerja.

Nota: Ameirul Azraie merupakan seorang jurulatih kerjaya. Beliau juga merupakan 100 most inspirational LinkedIn Icons in Malaysia.

Ikuti beliau di sini,

Facebook: https://www.facebook.com/ameirulazraie

Linkedin: https://www.linkedin.com/in/ameirulazraie/

 

fb-live

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.